Ahad, Jun 23, 2013

Bengkel TOT Pembinaan Item Tasawur Islam Dan Pendedahan Penggunaan Modul Spm 2013


23 Jun 2013 - Seramai 102 Guru Pendidikan Islam yang mengajar Tasawur Islam dari seluruh negeri Kelantan berhimpun di Dewan Bestari 2, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri untuk menghadiri Bengkel TOT Pembinaan Item Tasawur Islam Dan Pendedahan Penggunaan Modul Spm 2013.
     Kefahaman GPI tentang penggunaan JSU di dalam membina item dimantapkan oleh Jurulatih Utama Tasawur Islam Negeri Tuan Haji Md Zain bin Daud dari SMK Tg. Amalin A'ishah Putri. GPI juga diberi peluang berbengkel dan membentangkan hasil perbincangan mereka untuk disemak oleh peserta-peserta kursus yang lain. Ustaz Mohd Shafaee Zakaria selaku Blogger Tersohor tokburong.wordpress.com juga hadir memberikan selaku fasilitator untuk memberikan input terbaru bahan-bahan Tasawur Islam dari blog beliau. Akhirnya pertemuan ini yang dimulakan dengan pembentangan audit kurikulum JPN Kelantan oleh Us. Wan Zuhairi bin Wan Abdullah selaku Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam telah berjaya meninggalkan impak kepada kualiti pembinaan item GPI yang hadir berkursus.