Khamis, April 18, 2013

Bengkel Penyelarasan Rancangan Pengajaran Tahunan(RPT) dan Jadual Spesifikasi Item(JSI) Pendidkan Islam Tahun 1 hingga 6

Bengkel ini telah diadakan pada 17 April 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di PKG Penanti. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada Bengkel Pembinaan RPT dan JSI yang tela diadakan pada 11 April 2013. Pelaksanaan bengkel ini  bertujuan untuk membantu dan memudahkan guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF membina RPT dan JSI. Ini  merujuk kepada surat siaran dari Bahagian Pendidikan Islam KPM 2013 yang menyentuh pembahagian 3 waktu Al-Quran, 2 waktu Ulum Syariah dan 1 waktu Jawi. Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rozee Bin Abdul Razak, PP Pendidikan Islam Teras Rendah. Peserta bengkel ini terdiri daripada 50 orang guru termasuk JU Pendidikan Islam. Semoga hasil pembinaan RPT dan JSI ini akan dapat membantu guru menjalankan PdP dengan lebih mantap dan berkesan demi memartabatkan Pendidikan Islam di Pulau Pinang. Kos untuk bengkel ini adalah sebanyak RM660.00 daripada Unit Sekolah Rendah.